Assalammualaikum...
3 minggu lepas, saya belajar tentang 1 tekni pengajaran yang baru.... Thinking Based Learning... Siap buat practice lagi... Dalam kaedah pembelajaran ini, pelajar perlu belajar untuk berfikir... Berfikir tentang apa???? Macam-macam lah... berfikir untuk membanding beza, mengklafikasi, membuat keputusan dengan cekap... Ada banyak 'tools' yang boleh digunakan untuk melaksanakan kaedah pembelajaran jenis ini... 'Google' je, macam-macam tools yang kita boleh dapat..
Ok lah.. tadi saya cakap, saya ada practice sekali teknik pengajaran ni.. Topiknya ialah Taksonomi Bloom.. Tau tak taksonomi Bloom tu ape?? (p/s : Ada kaitan dengan Orlando Bloom ke??? Tak tau la..). Bagi siapa-siapa yang tak tau taksonomi Bloom tu, mari saya terangkan sikit (p/s : Cikgu tak kan tak tau..):
Taksonomi membawa maksud kajian tentang prinsip, peraturan, amalan dalam mengelaskan sesuatu mengikut persamaan dan perbezaan sifatnya. Taksonomi Bloom digunakan dalam domain pendidikan kognitif di mana ia dikelaskan kepada 6 aras.
Aras yang paling rendah ialah aras pengetahuan, manakala aras yang paling tinggi ialah aras penilaian.
Jadi, balik semula kepada teknik pembelajaran Thinking Based Learning, kami menggunakan kaedah mengklafikasikan secara induktif. Kami diberi beberapa soalan dan perlu mengelaskan soalan itu mengikut aras taksonomi Bloom. Tapi.. sebelum itu, kami perlu tahu apakah ciri-ciri penting setiap aras taksonomi Bloom itu.. Kenalah siasat.. Guna lah apa cara sekalipun.. (p/s: Paling senang, 'google' je..). Maka, boleh dikatakan, guru tidak memberi sebarang maklumat tentang ciri-ciri, tetapi pelajar perlu mencarinya sendiri. Kerjasama dalam kumpulan memang amat diperlukan.
Selepas, ciri-ciri itu dikenalpasti, barulah soalan-soalan itu boleh dikelaskan. Kami juga perlu memberi sebab musabab tentang pilihan kami itu.
Daripada aktiviti yang telah saya jalankan itu, saya dapati cara pengajaran seperti ini memang menarik, kerana ia mampu mendedahkan para pelajar dengan ilmu yang lain secara luas. Dalam usaha para pelajar mencari maklumat, pelbagai maklumat lain yang boleh mereka perolehi. Dengan bantuan teknologi dan internet, mencari maklumat merupakan perkara yang mudah. Namun, banyak masa diperlukan. Guru boleh jadikannya sebagai tugasan. Perancangan yang teliti amat diperlukan.