Saturday, May 25, 2013

Pembentangan Video..

Assalammualaikum...

Hari ini ada pembentangan video semua pelajar SFP 6024.. Ada yang menggunakan kaedah PBL , TBL, Inkuiri.. Tapi kebanyakannya menggunakan Inkuiri.

Pembelajaran inkuiri melibatkan empat proses utama :
a) Persoalan Utama
    - Satu soalan 'major' perlu diberikan kepada para pelajar supaya para pelajar sentiasa berpegang
       satu persoalan semasa mencari dan meneroka.
b) Penerokaan
    -Pelajar perlu mencari menggunakan apa jua cara untuk menjawab soalan utama itu tadi. Mungkin
     buat eksperimen, mengkaji, memerhati, membuat simulasi. Penggunaan simulasi sangat meluas.
     Boleh dicari di internet. Dengan menggunakan simulasi, pelajar boleh membuat hubungan,
     melihat kesan, melihat perubahan dan sebagainya.
c) Berkongsi Maklumat
    - Setelah meneroka, pelajar perlu berkongsi maklumat yang diperoleh kepada rakan-rakan.
      Perkongsian maklumat boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Mungkin membuat pembentangan,
      menyebarkan dalam bentuk artikel (untuk majalah sekolah, mungkin... :) ) , tulis dalam blog
      masing-masing (tulis dalam Facebook pun boleh)
d) Rumusan
     - Guru boleh menanyakan soalan tambahan dan pelajar menganalisis hasil penerokaan mereka.

No comments:

Post a Comment