Saturday, March 16, 2013

Belajar Buat Blog..

Assalammualaikum...

Beruntungnya hari ni... ada orang ajarkan nak buat blog... he..he.. Alhamdulillah..

Edit blog...

Assalammualaikum...

Nampaknya saya ada satu masalah besar... Macam mana nak edit design blog ni... Dah tukar templates, button design, button new post semua dah hilang....
 Hu..hu..

Edit-edit video

Assalammualaikum..

Minggu lepas, dalam kelas Experimental Physics, saya telah belajar cara-cara untuk meng'edit' video menggunakan software Corel. Sangat menarik...

Dalam Experimental Physics, setiap kumpulan ditugaskan untuk merakamkan video eksperimen dan boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh mengumpulkan data dan membuat inferens.. Kaedah itu dikenali sebagai VATA (Video Approach Teaching Aid). Nama kaedah tu nampak hebat kan... Sebenarnya, mudah.. hanya menggunakan 4 kamera CCTV. Setiap kamera difokuskan kepada satu instrumen dan pelajar boleh melihat perubahan pada bacaan pembolehubah bersandar pada setiap kali pembolehubah manipulatif diubah.


Web 2.0

Assalamualaikum...

Lama tak buka blog sendiri.. Baru malam ni berpeluang nak buka semula.. Minggu lepas, saya diperkenalkan dengan web 2.0. Kalau ikut penerangan daripada wikipedia, web 2.0 ni adalah generasi kedua selepas world wide web (www) atau juga dikenali sebagai web 1.0. Dengan menggunakan web 2.0, pengguna boleh saling berinteraksi, memberi komen, cadangan dan sebagainya. Contoh yang paling mudah ialah Facebook. Dalam Facebook, kita boleh bersembang-sembang, hantar komen dan respon dan macam-macam lagi.

Portal juga salah satu aplikasi web 2.0. Dengan menggunakan portal, guru dan pelajar boleh saling berinteraksi tanpa perlu bersemuka dan pada bila-bila masa sahaja. Guru juga boleh memuat naik nota kuliah, soalan latihan di dalam portal dan pelajar boleh muat turun. Guru juga boleh mencadangkan pautan-pautan lain untuk dijadikan rujukan oleh pelajar. Dengan itu, guru telah menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan dengan lebih luas. Nampak menarik kan... Tapi, ada satu masalah yang perlu diatasi... iaitu.. masalah talian internet.

Menggunakan web 2.0 sebagai salah satu platform pengajaran dan pembelajaran memerlukan akses internet yang sangat bagus. Cuba bayang kan... contohnya untuk melihat video 'Electromagnetic Induction' dalam Youtube pun kena tunggu dalam 10 minit, akhirnya pelajar menjadi bosan.

Selain daripada itu, paparan portal juga haruslah menarik. Ada satu aplikasi web 2.0 khas untuk guru, pelajar dan ibu bapa ; Edmodo. Paparan nya sangat menarik.. ala..ala.. Facebook. Dalam Edmodo, guru boleh memuat naik nota, tugasan malah mengendalikan kuiz.

Memandangkan pelajar sekarang begitu terdedah dengan IT, guru juga harus mengikut trend mereka. Guru perlu ada kebolehan menggunakan web 2.0. Tidak semestinya menjadi pakar dalam mengendalikan web 2.0, tetapi cukuplah mampu menggunakannya dengan baik.

Jadi, para guru sekalian, rajin-rajin lah membuat eksplorasi kaedah pengajaran yang terbaru supaya pelajar-pelajar kita mengagumi dan bertambah hormat.

Bye.. :)

Saturday, March 9, 2013

Inovasi

Assalammualaikum.. dan salam sejahtera..

Jom kita sambung cerita... Nak cerita pasal inovasi pulak..
Inovasi adalah satu cara penambahbaikan atau pembaharuan kepada sesuatu (boleh jadi apa-apa sahaja, contohnya alatan, teknik pengajaran dan pembelajaran, modul dan sebagainya) untuk menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya. Ia juga mesti memberi manfaat kepada seseorang.

Inovasi biasanya datang daripada suatu masalah, lalu penyelesaiannya dicari.

Contoh : Nak buat air nescafe yang sedap. Mula-mula masukkan 1 sudu nescafe dalam cawan, kemudian tambah 1 sudu gula, lepas tu tambahkan krimer dan masukkan air panas.. Kan leceh tu. Kalau terlebih tambah gula, manis pulak. Kalau terkurang, pahit pulak. Hanya orang yang 'expert' macam saya aje yang tau nak agak banyak mana serbuk nescafe dengan gula .. he..he... Jadi, terciptalah inovasi nescafe '3 in 1'. Tuang aje dalam cawan, lepas tu tambah la air panas...Sedia diminum..... Emmm.. sedapnya.. Nak yang pekat, yang sederhana... pilih aje...

Innovation is the development of new values through solutions that meet new requirements, inarticulate needs, or old customer and market needs in value adding new ways.
This is accomplished through more effective products, processes, services, technologies, or ideas that are readily available to markets, governments, and society. - Wikipedia

The action or process of innovating: innovation is crucial to the continuing success of any organization 
[count noun] a new method, idea, product, etc.:technological innovations designed to save energy
- oxforddictionaries.com 

1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru
2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru
-pusat rujukan persuratan melayu http://prpm.dbp.gov.my

Itu sahaja untuk kali ini... bye..


Islam Quotes Of the day

Islam Quotes Of the day

Teknologi dan Inovasi

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Hai... kita berjumpa lagi... Kali ni nak sembang-sembang pasal teknologi dan inovasi... Nak tanya ni.. siapa tahu apa itu teknologi???

Teknologi didefinisikan sebagai :
'The application of scientific knowledge to the practical aims of human life or, as it is sometimes phrased, to the change and manipulation of the human environment.' - Brittanica Academic Edition

Ilmu tentang cara mencipta barang-barang dalam per­usahaan, seperti bangunan, jen­tera. - Kamus Dewan Online

Jadi, saya simpulkan bahawa teknologi adalah satu cara atau aplikasi yang dicipta bagi memberi kemudahan kepada pengguna.

Teknologi boleh diklafikasikan kepada 5 bahagian iaitu :
  • Tangible  
  • Intangible
  • High
  • Intermediate
  • Low
Secara mudahnya, bandingkan orang naik ke atas dengan menggunakan tangga ( low tech ) dengan orang naik ke atas dengan menggunakan lif ( high tech )

Untuk inovasi, kita sembang kemudian ye.. Bateri laptop dah nak habis ni... he..he..

Thursday, March 7, 2013

Falsafah Pengajaran Saya.... My Own Teaching Philosophy... :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni nak tulis-tulis pasal falsafah... (Uuuu... selama ni tak pernah fikir pun pasal falsafah untuk diri sendiri). Sebenarnya, saya nak fokus kepada falsafah pengajaran. Semua guru pasti ada falsafah pengajaran masing-masing (tapi kadang-kadang tak sedar / tak tahu / tak perasan yang cikgu-cikgu sebenarnya ada falsafah pengajaran masing-masing). Falsafah pengajaran tu terbina sedikit demi sedikit mengikut perkembangan dan pengalaman mengajar masing-masing.
Pada saya, falsafah merupakan satu pemikiran, pendapat atau pandangan individu tentang sesuatu lapangan. Contohnya falsafah pendidikan kebangsaanmenyatakan bahawa :

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Sebagai seorang pensyarah (a.k.a cikgu) saya juga ada falsafah pengajaran saya sendiri. Saya sentiasa berharap dan berusaha supaya pengajaran saya di dalam kelas boleh membantu mengembang potensi para pelajar saya, menambahkan minat mereka dalam bidang fizik. Saya suka lihat para pelajar saya teruja dan sentiasa mahu tahu lebih bila saya mengajar tentang konsep atau fenomena fizik. Jadi dengan itu, bila saya sambung pengajian di peringkat ijazah sarjana, saya sangat berharap untuk memperoleh lebih lagi ilmu pengajaran supaya saya mampu melahirkan para pelajar yang sentiasa mencintai ilmu dan berupaya untuk mengembangkan potensi masing-masing dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Untuk mengembangkan potensi, minat perlu ditanam terlebih dahulu... :)

Kesimpulannya, saya boleh ringkaskan falsafah pengajaran saya sebagai :

'Satu usaha untuk  mengembangkan potensi dan mencambah minat para pelajar dalam apa jua bidang'  

Wednesday, March 6, 2013

Assalamualaikum dan salam perkenalan kepada semua... :p

Dah lama tak bukak blog sendiri.. Nama blog sendiri pun dah tak ingat.. Kebetulan boleh bukak sebab nak bagi komen kat blog orang lain.. Bila dah bukak, terasa kelakar pulak.. Belajar buat blog, tapi tak pernah guna..



1st Time...

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Akhirnya, saya berjaya buat blog sendiri.. Wu huuu... Sebenarnya, blog saya ni dibuat pada 2 tahun lepas... Lama tu.. tapi tak pernah bukak pun.. Sampai terlupa apa 'link' nya.. Tapi, akhirnya dibuka juga.... sebabbbb... buat blog adalah salah satu tugasan saya... he..he..
Sekarang ni, saya sedang mengikuti kelas Ijazah Sarjana Pendidikan (Fizik) di UPSI... Salah satu subjek yang saya ambik ialah Communication Technology and Innovation in Teaching and Learning Physics (SFP 6024).
Ye la.. sekarang ni teknologi penting... Boleh jadi salah satu medium untuk pengajaran dan pembelajaran (p/s: saya ni pensyarah di kolej matrikulasi a.k.a cikgu jugak la). Pelajar-pelajar yang di ambang dewasa ni, kadang-kadang susah nak kawal... kena jaga emosi mereka juga (tak boleh marah lebih-lebih, nanti merajuk, tak nak datang kelas. Jadi, kena la anggap macam kawan, tapi ada batasannya).
Berbalik semula dengan isu hendak mengawal pelajar-pelajar matrikulasi ni, pensyarah kena la kreatif sikit..(nak tarik perhatian mereka la ni).. Salah satu caranya, menggunakan teknologi... Mereka ni mudah tertarik kalau dalam pengajaran tu diselang selikan sikit dengan tayangan video.. Pasti mereka tertawan.. he..he.. (Betulll... dah cuba pun)
Jadi dengan itu, saya harap kelas SFP 6042 saya dapat membantu saya dalam meningkatkan lagi skill penggunaan teknologi untuk memantapkan lagi teknik pengajaran saya. InsyaAllah..

Untuk hari ini, itu sajalah... Harap akan ketemu lagi...