Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni nak tulis-tulis pasal falsafah... (Uuuu... selama ni tak pernah fikir pun pasal falsafah untuk diri sendiri). Sebenarnya, saya nak fokus kepada falsafah pengajaran. Semua guru pasti ada falsafah pengajaran masing-masing (tapi kadang-kadang tak sedar / tak tahu / tak perasan yang cikgu-cikgu sebenarnya ada falsafah pengajaran masing-masing). Falsafah pengajaran tu terbina sedikit demi sedikit mengikut perkembangan dan pengalaman mengajar masing-masing.
Pada saya, falsafah merupakan satu pemikiran, pendapat atau pandangan individu tentang sesuatu lapangan. Contohnya falsafah pendidikan kebangsaanmenyatakan bahawa :
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara."
Sebagai seorang pensyarah (a.k.a cikgu) saya juga ada falsafah pengajaran saya sendiri. Saya sentiasa berharap dan berusaha supaya pengajaran saya di dalam kelas boleh membantu mengembang potensi para pelajar saya, menambahkan minat mereka dalam bidang fizik. Saya suka lihat para pelajar saya teruja dan sentiasa mahu tahu lebih bila saya mengajar tentang konsep atau fenomena fizik. Jadi dengan itu, bila saya sambung pengajian di peringkat ijazah sarjana, saya sangat berharap untuk memperoleh lebih lagi ilmu pengajaran supaya saya mampu melahirkan para pelajar yang sentiasa mencintai ilmu dan berupaya untuk mengembangkan potensi masing-masing dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Untuk mengembangkan potensi, minat perlu ditanam terlebih dahulu... :)
Kesimpulannya, saya boleh ringkaskan falsafah pengajaran saya sebagai :
'Satu usaha untuk mengembangkan potensi dan mencambah minat para pelajar dalam apa jua bidang'
No comments:
Post a Comment