Assalamualaikum...
Lama tak buka blog sendiri.. Baru malam ni berpeluang nak buka semula.. Minggu lepas, saya diperkenalkan dengan web 2.0. Kalau ikut penerangan daripada wikipedia, web 2.0 ni adalah generasi kedua selepas world wide web (www) atau juga dikenali sebagai web 1.0. Dengan menggunakan web 2.0, pengguna boleh saling berinteraksi, memberi komen, cadangan dan sebagainya. Contoh yang paling mudah ialah Facebook. Dalam Facebook, kita boleh bersembang-sembang, hantar komen dan respon dan macam-macam lagi.
Portal juga salah satu aplikasi web 2.0. Dengan menggunakan portal, guru dan pelajar boleh saling berinteraksi tanpa perlu bersemuka dan pada bila-bila masa sahaja. Guru juga boleh memuat naik nota kuliah, soalan latihan di dalam portal dan pelajar boleh muat turun. Guru juga boleh mencadangkan pautan-pautan lain untuk dijadikan rujukan oleh pelajar. Dengan itu, guru telah menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan dengan lebih luas. Nampak menarik kan... Tapi, ada satu masalah yang perlu diatasi... iaitu.. masalah talian internet.
Menggunakan web 2.0 sebagai salah satu platform pengajaran dan pembelajaran memerlukan akses internet yang sangat bagus. Cuba bayang kan... contohnya untuk melihat video 'Electromagnetic Induction' dalam Youtube pun kena tunggu dalam 10 minit, akhirnya pelajar menjadi bosan.
Selain daripada itu, paparan portal juga haruslah menarik. Ada satu aplikasi web 2.0 khas untuk guru, pelajar dan ibu bapa ; Edmodo. Paparan nya sangat menarik.. ala..ala.. Facebook. Dalam Edmodo, guru boleh memuat naik nota, tugasan malah mengendalikan kuiz.
Memandangkan pelajar sekarang begitu terdedah dengan IT, guru juga harus mengikut trend mereka. Guru perlu ada kebolehan menggunakan web 2.0. Tidak semestinya menjadi pakar dalam mengendalikan web 2.0, tetapi cukuplah mampu menggunakannya dengan baik.
Jadi, para guru sekalian, rajin-rajin lah membuat eksplorasi kaedah pengajaran yang terbaru supaya pelajar-pelajar kita mengagumi dan bertambah hormat.
Bye.. :)
No comments:
Post a Comment