Assalammualaikum...
Pada bulan lepas, saya menyertai 1 kursus dalam Cousera.org. How Things Work. Tapi disebabkan dah terlalu lambat, saya tak berjaya menghabiskan kursus tu... :(
Hari ini saya terlihat 1 kursus yang menarik... Introductory Physics 1 with Laboratory.. Kursus ni dah bermula pada 20th May..
Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan kursus ni... Yayyy...
Dalam cousera, macam-macam kursus ada. Semua free... Nak join tak??? Kalau nak 'join', klik 'link' kat bawah ni :
https://www.coursera.org/
Jangan lupa sign up dulu tau...
Saturday, May 25, 2013
Pembentangan Video..
Assalammualaikum...
Hari ini ada pembentangan video semua pelajar SFP 6024.. Ada yang menggunakan kaedah PBL , TBL, Inkuiri.. Tapi kebanyakannya menggunakan Inkuiri.
Pembelajaran inkuiri melibatkan empat proses utama :
a) Persoalan Utama
- Satu soalan 'major' perlu diberikan kepada para pelajar supaya para pelajar sentiasa berpegang
satu persoalan semasa mencari dan meneroka.
b) Penerokaan
-Pelajar perlu mencari menggunakan apa jua cara untuk menjawab soalan utama itu tadi. Mungkin
buat eksperimen, mengkaji, memerhati, membuat simulasi. Penggunaan simulasi sangat meluas.
Boleh dicari di internet. Dengan menggunakan simulasi, pelajar boleh membuat hubungan,
melihat kesan, melihat perubahan dan sebagainya.
c) Berkongsi Maklumat
- Setelah meneroka, pelajar perlu berkongsi maklumat yang diperoleh kepada rakan-rakan.
Perkongsian maklumat boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Mungkin membuat pembentangan,
menyebarkan dalam bentuk artikel (untuk majalah sekolah, mungkin... :) ) , tulis dalam blog
masing-masing (tulis dalam Facebook pun boleh)
d) Rumusan
- Guru boleh menanyakan soalan tambahan dan pelajar menganalisis hasil penerokaan mereka.

Problem Based Learning
Assalammualaikum..
Yeah haa.. Ni satu lagi teknik pengajaran yang sangat menarik.. Para pelajar diberi satu permasalahan, persoalan atau situasi lalu dikehendaki berbincang.. Para pelajar boleh menggunakan apa jua cara untuk mencari maklumat dan saling berhujah bagi menyatakan pendapat.. Satu teknik yang sangat 'happening' dan menggalakkan pelajar berbincang serta berani menyatakan pendapat masing-masing..
Ni saya bagi contoh soalan Problem Based Learning :
Many politicians are touting clean coal technology as a viable
fuel source. There is a rising chorus of people from science,
alternative energy businesses and industry who dispute these assertions.
In the United States, we burn coal to make electricity. The emissions
are waste from burning coal that have already had many negative
consequences including: several kinds of local air pollution, air
pollution drift, forest destruction by acid rain, mercury pollution of
waters and the problematic disposal of toxic fly ash.
Investigate the concept of clean coal.
http://www.mrsoshouse.com/pbl/cleancoal.html
Namun, untuk melaksanakan Problem Based Learning, para guru perlu merancang sebaik-baiknya kerana masa yang diperlukan agak panjang. Mungkin boleh dijadikan projek perbincangan mingguan.. :)
Guru Berinovasi Guru Cemerlang...
Sama-samalah kita jadi guru cemerlang..
Yeah haa.. Ni satu lagi teknik pengajaran yang sangat menarik.. Para pelajar diberi satu permasalahan, persoalan atau situasi lalu dikehendaki berbincang.. Para pelajar boleh menggunakan apa jua cara untuk mencari maklumat dan saling berhujah bagi menyatakan pendapat.. Satu teknik yang sangat 'happening' dan menggalakkan pelajar berbincang serta berani menyatakan pendapat masing-masing..
Ni saya bagi contoh soalan Problem Based Learning :
Clean Coal Technology
Fact or Fiction, Fallacy or Forward thinking? |
![]() |
Investigate the concept of clean coal.
http://www.mrsoshouse.com/pbl/cleancoal.html
Namun, untuk melaksanakan Problem Based Learning, para guru perlu merancang sebaik-baiknya kerana masa yang diperlukan agak panjang. Mungkin boleh dijadikan projek perbincangan mingguan.. :)
Guru Berinovasi Guru Cemerlang...
Sama-samalah kita jadi guru cemerlang..
Collaborize Classroom...
Assalammualaikum...
Baru-baru ni saya ada 'search' satu 'platform' di mana para guru dan para pelajar boleh mengadakan perbincangan secara 'online'. Para guru zaman sekarang kena la sentiasa 'up to date'. Pelajar-pelajar sekarang semakin 'berteknologi', jadi guru-guru pun kenalah 'berteknologi'. Sekarang kan zaman Facebook, Twitter, WeChat, Line....
Dalam collaborize classroom ni, para guru boleh buat kumpulan untuk perbincangan dengan pelajar. 'Feature' nya pun cantik... Tidaklah terlalu formal.. Kita pun boleh baca perbincangan-perbincangan yang pernah dibuat.. Mungkin boleh dapat maklumat-maklumat..
Kalau nak kawan-kawan para guru nak join, pergilah ke 'link' bawah ni :
http://www.collaborizeclassroom.com/
Yang penting, ianya FREE je.... :)

( Ni collaborize classroom saya.. Jemputlah join sekali... :) )
Dalam collaborize classroom ni, para guru boleh buat kumpulan untuk perbincangan dengan pelajar. 'Feature' nya pun cantik... Tidaklah terlalu formal.. Kita pun boleh baca perbincangan-perbincangan yang pernah dibuat.. Mungkin boleh dapat maklumat-maklumat..
Kalau nak kawan-kawan para guru nak join, pergilah ke 'link' bawah ni :
http://www.collaborizeclassroom.com/
Yang penting, ianya FREE je.... :)
Concept's Map..
Assalammualaikum..
Untuk tugasan pertama saya buat peta konsep untuk 'Photoelectric Effect'.. Sebelum ni, selalunya buat peta minda.. (pstt.. sebenarnya tak tahu pun ada peta konsep selain peta minda)..Saya guna Cmap.. Free je nak download guna Google... Selain Cmap ada juga Bubbl..
Ni contoh peta konsep yang saya buat... :) (tak lawa pun)

Cmap
Bubbl
Ni contoh peta konsep yang saya buat... :) (tak lawa pun)
Tuesday, April 2, 2013
Thinking Based Learning
Assalammualaikum...
3 minggu lepas, saya belajar tentang 1 tekni pengajaran yang baru.... Thinking Based Learning... Siap buat practice lagi... Dalam kaedah pembelajaran ini, pelajar perlu belajar untuk berfikir... Berfikir tentang apa???? Macam-macam lah... berfikir untuk membanding beza, mengklafikasi, membuat keputusan dengan cekap... Ada banyak 'tools' yang boleh digunakan untuk melaksanakan kaedah pembelajaran jenis ini... 'Google' je, macam-macam tools yang kita boleh dapat..
Ok lah.. tadi saya cakap, saya ada practice sekali teknik pengajaran ni.. Topiknya ialah Taksonomi Bloom.. Tau tak taksonomi Bloom tu ape?? (p/s : Ada kaitan dengan Orlando Bloom ke??? Tak tau la..). Bagi siapa-siapa yang tak tau taksonomi Bloom tu, mari saya terangkan sikit (p/s : Cikgu tak kan tak tau..):
Taksonomi membawa maksud kajian tentang prinsip, peraturan, amalan dalam mengelaskan sesuatu mengikut persamaan dan perbezaan sifatnya. Taksonomi Bloom digunakan dalam domain pendidikan kognitif di mana ia dikelaskan kepada 6 aras.
Aras yang paling rendah ialah aras pengetahuan, manakala aras yang paling tinggi ialah aras penilaian.
Jadi, balik semula kepada teknik pembelajaran Thinking Based Learning, kami menggunakan kaedah mengklafikasikan secara induktif. Kami diberi beberapa soalan dan perlu mengelaskan soalan itu mengikut aras taksonomi Bloom. Tapi.. sebelum itu, kami perlu tahu apakah ciri-ciri penting setiap aras taksonomi Bloom itu.. Kenalah siasat.. Guna lah apa cara sekalipun.. (p/s: Paling senang, 'google' je..). Maka, boleh dikatakan, guru tidak memberi sebarang maklumat tentang ciri-ciri, tetapi pelajar perlu mencarinya sendiri. Kerjasama dalam kumpulan memang amat diperlukan.
Selepas, ciri-ciri itu dikenalpasti, barulah soalan-soalan itu boleh dikelaskan. Kami juga perlu memberi sebab musabab tentang pilihan kami itu.
Daripada aktiviti yang telah saya jalankan itu, saya dapati cara pengajaran seperti ini memang menarik, kerana ia mampu mendedahkan para pelajar dengan ilmu yang lain secara luas. Dalam usaha para pelajar mencari maklumat, pelbagai maklumat lain yang boleh mereka perolehi. Dengan bantuan teknologi dan internet, mencari maklumat merupakan perkara yang mudah. Namun, banyak masa diperlukan. Guru boleh jadikannya sebagai tugasan. Perancangan yang teliti amat diperlukan.

Saturday, March 16, 2013
Belajar Buat Blog..
Assalammualaikum...
Beruntungnya hari ni... ada orang ajarkan nak buat blog... he..he.. Alhamdulillah..

Edit blog...
Assalammualaikum...
Nampaknya saya ada satu masalah besar... Macam mana nak edit design blog ni... Dah tukar templates, button design, button new post semua dah hilang....
Hu..hu..

Edit-edit video
Assalammualaikum..
Minggu lepas, dalam kelas Experimental Physics, saya telah belajar cara-cara untuk meng'edit' video menggunakan software Corel. Sangat menarik...
Dalam Experimental Physics, setiap kumpulan ditugaskan untuk merakamkan video eksperimen dan boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh mengumpulkan data dan membuat inferens.. Kaedah itu dikenali sebagai VATA (Video Approach Teaching Aid). Nama kaedah tu nampak hebat kan... Sebenarnya, mudah.. hanya menggunakan 4 kamera CCTV. Setiap kamera difokuskan kepada satu instrumen dan pelajar boleh melihat perubahan pada bacaan pembolehubah bersandar pada setiap kali pembolehubah manipulatif diubah.

Web 2.0
Assalamualaikum...
Lama tak buka blog sendiri.. Baru malam ni berpeluang nak buka semula.. Minggu lepas, saya diperkenalkan dengan web 2.0. Kalau ikut penerangan daripada wikipedia, web 2.0 ni adalah generasi kedua selepas world wide web (www) atau juga dikenali sebagai web 1.0. Dengan menggunakan web 2.0, pengguna boleh saling berinteraksi, memberi komen, cadangan dan sebagainya. Contoh yang paling mudah ialah Facebook. Dalam Facebook, kita boleh bersembang-sembang, hantar komen dan respon dan macam-macam lagi.
Portal juga salah satu aplikasi web 2.0. Dengan menggunakan portal, guru dan pelajar boleh saling berinteraksi tanpa perlu bersemuka dan pada bila-bila masa sahaja. Guru juga boleh memuat naik nota kuliah, soalan latihan di dalam portal dan pelajar boleh muat turun. Guru juga boleh mencadangkan pautan-pautan lain untuk dijadikan rujukan oleh pelajar. Dengan itu, guru telah menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan dengan lebih luas. Nampak menarik kan... Tapi, ada satu masalah yang perlu diatasi... iaitu.. masalah talian internet.
Menggunakan web 2.0 sebagai salah satu platform pengajaran dan pembelajaran memerlukan akses internet yang sangat bagus. Cuba bayang kan... contohnya untuk melihat video 'Electromagnetic Induction' dalam Youtube pun kena tunggu dalam 10 minit, akhirnya pelajar menjadi bosan.
Selain daripada itu, paparan portal juga haruslah menarik. Ada satu aplikasi web 2.0 khas untuk guru, pelajar dan ibu bapa ; Edmodo. Paparan nya sangat menarik.. ala..ala.. Facebook. Dalam Edmodo, guru boleh memuat naik nota, tugasan malah mengendalikan kuiz.
Memandangkan pelajar sekarang begitu terdedah dengan IT, guru juga harus mengikut trend mereka. Guru perlu ada kebolehan menggunakan web 2.0. Tidak semestinya menjadi pakar dalam mengendalikan web 2.0, tetapi cukuplah mampu menggunakannya dengan baik.
Jadi, para guru sekalian, rajin-rajin lah membuat eksplorasi kaedah pengajaran yang terbaru supaya pelajar-pelajar kita mengagumi dan bertambah hormat.
Bye.. :)

Saturday, March 9, 2013
Inovasi
Assalammualaikum.. dan salam sejahtera..
Jom kita sambung cerita... Nak cerita pasal inovasi pulak..
Inovasi adalah satu cara penambahbaikan atau pembaharuan kepada sesuatu (boleh jadi apa-apa sahaja, contohnya alatan, teknik pengajaran dan pembelajaran, modul dan sebagainya) untuk menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya. Ia juga mesti memberi manfaat kepada seseorang.
Inovasi biasanya datang daripada suatu masalah, lalu penyelesaiannya dicari.
Contoh : Nak buat air nescafe yang sedap. Mula-mula masukkan 1 sudu nescafe dalam cawan, kemudian tambah 1 sudu gula, lepas tu tambahkan krimer dan masukkan air panas.. Kan leceh tu. Kalau terlebih tambah gula, manis pulak. Kalau terkurang, pahit pulak. Hanya orang yang 'expert' macam saya aje yang tau nak agak banyak mana serbuk nescafe dengan gula .. he..he... Jadi, terciptalah inovasi nescafe '3 in 1'. Tuang aje dalam cawan, lepas tu tambah la air panas...Sedia diminum..... Emmm.. sedapnya.. Nak yang pekat, yang sederhana... pilih aje...
Innovation is the development of new values through solutions that meet new requirements, inarticulate needs, or old customer and market needs in value adding new ways.
This is accomplished through more effective products, processes, services, technologies, or ideas that are readily available to markets, governments, and society. - Wikipedia
The action or process of innovating: innovation is crucial to the continuing success of any organization
[count noun] a new method, idea, product, etc.:technological innovations designed to save energy
- oxforddictionaries.com
1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru
2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru
-pusat rujukan persuratan melayu http://prpm.dbp.gov.my
Itu sahaja untuk kali ini... bye..

Teknologi dan Inovasi
Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Hai... kita berjumpa lagi... Kali ni nak sembang-sembang pasal teknologi dan inovasi... Nak tanya ni.. siapa tahu apa itu teknologi???
Teknologi didefinisikan sebagai :
'The application of scientific knowledge to the practical aims of human life or, as it is sometimes phrased, to the change and manipulation of the human environment.' - Brittanica Academic Edition
Ilmu tentang cara mencipta barang-barang dalam perusahaan, seperti bangunan, jentera. - Kamus Dewan Online
Jadi, saya simpulkan bahawa teknologi adalah satu cara atau aplikasi yang dicipta bagi memberi kemudahan kepada pengguna.
Teknologi boleh diklafikasikan kepada 5 bahagian iaitu :
Untuk inovasi, kita sembang kemudian ye.. Bateri laptop dah nak habis ni... he..he..

- Tangible
- Intangible
- High
- Intermediate
- Low
Untuk inovasi, kita sembang kemudian ye.. Bateri laptop dah nak habis ni... he..he..
Thursday, March 7, 2013
Falsafah Pengajaran Saya.... My Own Teaching Philosophy... :)
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni nak tulis-tulis pasal falsafah... (Uuuu... selama ni tak pernah fikir pun pasal falsafah untuk diri sendiri). Sebenarnya, saya nak fokus kepada falsafah pengajaran. Semua guru pasti ada falsafah pengajaran masing-masing (tapi kadang-kadang tak sedar / tak tahu / tak perasan yang cikgu-cikgu sebenarnya ada falsafah pengajaran masing-masing). Falsafah pengajaran tu terbina sedikit demi sedikit mengikut perkembangan dan pengalaman mengajar masing-masing.
Pada saya, falsafah merupakan satu pemikiran, pendapat atau pandangan individu tentang sesuatu lapangan. Contohnya falsafah pendidikan kebangsaanmenyatakan bahawa :
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Sebagai seorang pensyarah (a.k.a cikgu) saya juga ada falsafah pengajaran saya sendiri. Saya sentiasa berharap dan berusaha supaya pengajaran saya di dalam kelas boleh membantu mengembang potensi para pelajar saya, menambahkan minat mereka dalam bidang fizik. Saya suka lihat para pelajar saya teruja dan sentiasa mahu tahu lebih bila saya mengajar tentang konsep atau fenomena fizik. Jadi dengan itu, bila saya sambung pengajian di peringkat ijazah sarjana, saya sangat berharap untuk memperoleh lebih lagi ilmu pengajaran supaya saya mampu melahirkan para pelajar yang sentiasa mencintai ilmu dan berupaya untuk mengembangkan potensi masing-masing dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Untuk mengembangkan potensi, minat perlu ditanam terlebih dahulu... :)
Kesimpulannya, saya boleh ringkaskan falsafah pengajaran saya sebagai :
'Satu usaha untuk mengembangkan potensi dan mencambah minat para pelajar dalam apa jua bidang'

Wednesday, March 6, 2013
1st Time...
Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Akhirnya, saya berjaya buat blog sendiri.. Wu huuu... Sebenarnya, blog saya ni dibuat pada 2 tahun lepas... Lama tu.. tapi tak pernah bukak pun.. Sampai terlupa apa 'link' nya.. Tapi, akhirnya dibuka juga.... sebabbbb... buat blog adalah salah satu tugasan saya... he..he..
Sekarang ni, saya sedang mengikuti kelas Ijazah Sarjana Pendidikan (Fizik) di UPSI... Salah satu subjek yang saya ambik ialah Communication Technology and Innovation in Teaching and Learning Physics (SFP 6024).
Ye la.. sekarang ni teknologi penting... Boleh jadi salah satu medium untuk pengajaran dan pembelajaran (p/s: saya ni pensyarah di kolej matrikulasi a.k.a cikgu jugak la). Pelajar-pelajar yang di ambang dewasa ni, kadang-kadang susah nak kawal... kena jaga emosi mereka juga (tak boleh marah lebih-lebih, nanti merajuk, tak nak datang kelas. Jadi, kena la anggap macam kawan, tapi ada batasannya).
Berbalik semula dengan isu hendak mengawal pelajar-pelajar matrikulasi ni, pensyarah kena la kreatif sikit..(nak tarik perhatian mereka la ni).. Salah satu caranya, menggunakan teknologi... Mereka ni mudah tertarik kalau dalam pengajaran tu diselang selikan sikit dengan tayangan video.. Pasti mereka tertawan.. he..he.. (Betulll... dah cuba pun)
Jadi dengan itu, saya harap kelas SFP 6042 saya dapat membantu saya dalam meningkatkan lagi skill penggunaan teknologi untuk memantapkan lagi teknik pengajaran saya. InsyaAllah..
Untuk hari ini, itu sajalah... Harap akan ketemu lagi...

Subscribe to:
Posts (Atom)